JANGAN Klik sini:

Sunday, August 31, 2008

Pelajar 3A Merangkul semua Hadiah Utama Dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak.

Johan, Dayang Maraini bt Awg. Drazak (3A)
Naib Johan, Noraisah Bt. Usop (3A)
Tempat Ke-3 Abg. Abdul Rahim bin Hj. Ossen (3A)
Berkibarlah Jalur Gemilang
Ku lihat cahaya senja di langit
menyinari kota yang sesak
sedang membangun untuk maju
tatkala kereta Proton menyusuri jalan
ku terpandang kibaran kain
itulah Jalur Gemilang
berkibar megah di menara bendera

Jalur Gemilang itulah namamu
bendera kebangsaan negara Malaysia
puncak bumi telah kau tawan
samudera luas telah kau layar
dan kini kau di angkasa raya
sungguh jauh kau merentas dunia

Merah pada jalurmu
lambang keberanian semangat pejuang
putih pula menyelanginya
simbol kesucian budi pekerti
bulan dan bintang bewarna kuning
menjadi kedaulatan sultan dan kesucian Islam
biru pula bererti
perpaduan kaum rakyat Malaysia
Kau berkibar megah di udara
ditabik dan dihormati
diiringi dengan lagu Negaraku
pada 31 Ogos
lalu bendera Union Jack diturunkan
menamatkan penjajahan di tanah air

Kini kau menghiasi negara
menjadi kebanggaan di pentas dunia
mencermin imej rakyat
yang berdaulat dan taatkan negara
kini kau berkibar megah
menyatukan semua kaum
dibawah bumbung membentuk
perpaduan teras kejayaan
Kau berkibar megah di udara
ditabik dan dihormati
diiringi dengan lagu Negaraku
pada 31 Ogos
lalu bendera Union Jack diturunkan
menamatkan penjajahan di tanah air

Kini kau menghiasi negara
menjadi kebanggaan di pentas dunia
mencermin imej rakyat
yang berdaulat dan taatkan negara
kini kau berkibar megah
menyatukan semua kaum
dibawah bumbung membentuk
perpaduan teras kejayaan

No comments: